Sabtu, 24 April 2010

BEKAM AKUPUNTUR (PENGUBATAN SUNNAH)










BEKAM
Kaedah merawat dan menyembuhkan penyakit melalui berbekam masih relevan kini. Berbekam adalah rawatan yang diamalkan Rasulullah saw dan para sahabat r.a.

Tujuan :

Untuk kesihatan dalam proses merawat dan mencegah penyakit.
Menurut tokoh perubatan Barat berbekam ada 3 tujuan :
1- Untuk rawatan.
2- Mengurangkan penderitaan sakit.
3- Pencegahan penyakit.

Hepatitis C atau radang hati yang kronik boleh dirawat dengan berbekam.

Imam Bukhari dalam shahihnya ‘Kitab perubatan’ dari ibnu Abbas Nabi saw bersabda : “ Berbekamlah dan berikanlah pembekam upahnya dan bersedekahlah”.
Dari Anas bin Malik ra. Rasulullah saw bersabda “ Bahawa aku tidak berjalan dimalam Isra’ dengan malaikat melainkan mereka : ‘Wahai Muhammad, perintahkan keatas umatmu dengan berbekam”

Pesakit kronik yang mengidap kencing manis, darah tinggi, jantung tempoh rawatan berterusan 30 hingga 40 kali.

Pesakit tidak kronik , rawatannya 12 hingga 15 kali.

InsyaAllah pesakit akan sembuh dengan ulangan rawatan antara seminggu sekali, dua minggu sekali, sebulan sekali atau tiga hingga empat bulan sekali.

Lemah tenaga batin, ketiadaan zuriat, wanita mengidap kanser payu dara atau monopous amat digalakkan untk berbekam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan